Assalamualaikum..
Post kali nie khas untuk member aku.. Member aku ade 5 jerawat kat muke.. Korang nak tau punce jerawat die ade tuh? Korang tau macam mane adenye jerawat?? Kebanyakkan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat . Tetapi sesetengahnya boleh menjadi sehingga tahap kronik .
PUNCA JERAWAT
- Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat . Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
- Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
- Penggunaan pil perancang , ubat steriod , vitamin B12 .
- Kosmetik , pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit .
- Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari . Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum kulit yang bertambah .
- Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas .
PETUA DAN CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DAN MENGURANGKAN MASALAH DARIPADANYA
- Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida . Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengeringkan dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal . Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hingga enam bulan .
- Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap .
- Gunakan pencuci kulit muka yang lembutdan air . Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
- Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk .
- Jaga pemakanan anda . Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat bertambah teruk . Setiap orang mempunyai alahal kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain .
- Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan , bermasalah dan badan yang letih .
- Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar . Memakai pakaian ketat , tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran munyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak .
- Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh . Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak . Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka .
- Guna mekap muka berasaskan air . Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic" .
- Basuh mekap sebelum tidur . Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam .
- Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu . Pendedahan yang melampau atau lama merossak kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum .
- Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut .
No comments:
Post a Comment