Tak Semua Sanggup Hadapi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Tahun lepas aku telah dimasukkan ke Kuantan Specialist Hospital akibat demam panas yang amat teruk. Alhamdulillah, kini aku masih dapat menghembuskan nafas buat sekian kalinya.


Kini, aku telah sah menjadi pelawat tegar ke Kuantan Specialist Hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang diriku. Pada usiaku 15 tahun, aku telah disahkan terdapat penyakit Systemis Lupus Erythematosus (SLE). Bagi pesakit SLE, bermain dengan jarum suntikan setiap bulan itu adalah sebagai rutin kami.


Dahulu, aku merasakan amat takut dengan jarum suntikan. Tetapi, aku terpaksa berfikiran positif. Hanya satu sahaja ubat bagi pesakit SLE iaitu steroid. Aku tidak menafikan bahawa steroid itu amat berbahaya, tetapi apakan daya itu sahaja sebagai penawar masa ini.


Aku tahu bahawa penyakit itu adalah ujian daripada Allah untuk hamba yang kuat untuk menghadapi penyakit itu. Aku bersyukur kerana Allah telah menghadiahkan penyakit itu kepadaku.. Itu bererti Allah masih sayangkan aku dan tak mahu aku terlalu jauh daripadaNya.


Holiday

Ini kali pertama untuk tahun 2014 menulis blog.. Hohoho.. Sudah 3 bulan tidak tak bukak blog.. Tetibe hari ni jadi rajin nak menulis.. Sejak masuk tingkatan 4, kerja semakin BERTINGKET-TINGKET cikgu bagi. Sikitnya bukan kepalang lagi.
Tiba-tiba teringat masa jadi pendaftaran pelajar tingkatan satu.. Dah menjadi guru disiplin kedua dekat sekolah.. Kena lah membantu dan menjalankan amanah yang telah di berikan.. Bukannya hanya gelaran semata-mata. Tanggungjawab kenalah buat..
semasa menjadi penjaga pintu pagar



tinggi ken aku *kamera murah kawan punya*


Dengan ini saya mengucapkan selamat bercuti. Masih tak terlewat kan untuk ucapan tu? Homework dah melambai-lambai mintak dibelaikan.


GA GUDBYE by DEDEQ



klik banner untuk join !