Tanda Sahabat Merajuk

Selamat pagi . Bosan gile tadi !
Aku belek laa majalah2 kat ruang buku kat umah aku .
Then aku bace la . 
Aku bace bab aku memang suke wat orang merajuk.
Tapi ..... Aku memang tak minat utk memujuk .


Tak suke la merajuk2 nie . M.A.N.J.A
Tapi oke gak kalau merajuk .
Boleh tengOk muke member2 yang nk pujuk ni sampai cuakss ..
ahakksss..


Terima kasih kepada Team Remaja sebab share .
Hahaha . Bagi yang xsuke bace majalah.. 
Korang bace jer la blOg aku yg xsberape nie ..



Diam Seribu Bahasa
Biasanya si dia tidak berhenti bercakap dan berjenaka sengan kamu . Namun kali ini si dia diam sahaja sepanjang bersama kamu . Walaupun kamu ciba bercakap dengannya, si dia seperti malas hendak bercakap . Abila di tanya si dia lebih banyak mengia dan anggukkan kepalnya sahaja . Si dia sikit pun tidak akan layan kamu seperti sebelum ini . Bukan itu sahaja , walaupun kamu cuba berlawak si dia sedikit pon tidak ketawa . Padahal lawak tersebut sememangnya menggelikan hati . Jika benda itu berlaku sah lah ada perkara yang kamu lakukan menyinggung perasaannya. 



Buat Tak Tahu 
 Si dia yang kamu kenali adalah seorang yang ringan tulang . Setiap kali kamu minta pertolongan tanpa sebarang rungutan si dia pasti akan menghulurkan bantuan . Namun sekiranya sudah tersinggung dengan kamu si dia akan buat tak tahu sahaja . Biarpun kamu hanya meminta bantuan yang kecil2 sahaja misalnya kemaskan meja, pegangkan barang kamu.. Dia buat acuh tak acuh sahaja. Paling teruk, dia buat tak dengar . Ini cara protes yang paling teruk sebab si dia bukan sahaja buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ini tak pernah wujud


Menolak Untuk Makan Bersama
Bila sahabatnya merajuk biasanya tidak mahu berjumpa dengan kamu . Kalau boleh mahu elak dari 'face to face' . Apabila di tanya mengapa tidak mahu keluar . Si dia akan bagi alasan seperti "Awak pergilah saya malas nak keluar hari ni" Biarpun di rayu-rayu beberapa kali tetapi si dia tidak kasihankan kamu berlapar biarpun sikap sebenarnya bukan begitu. 


Masam Muka
Tindakan yang ini ialah tindakan yang paling menyakitkan hatimu . Sudah lah tidak mahu bercakap dengan kamu kemudian nak tarik2 muka pula . Tak puas hati la konon . tapi adat la kalau orang dah merajuk . Perempuan atau lelaki sama sahaja.. Dua-dua pun kalau merajuk mesti tarik muka panjang . Jadi kalau sudah muncug sahaja takkan kamu tidak faham-faham lagi . Biarpon menyakitkan hati namun kamu harus akur dia jadi begitu pun kerana silapmu juga.



Baca Surat Khabar / Majalah

Ini adalah cara untuk orang merajuk hendak habiskan masa . Ya lah cakap dengan kamu tidak mahu apatah lagi nak pandang muka . Jadi surat khabar dan majalahlah tempat mereka menunjukkan perasaan . Lebih teruk lagi kalau surat khabar tersebut dibaca berulang2 kali . Ini maknanya jiwa si dia betul2 tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu dirinya . Waktu ini andai kamu terus buat tidak tahu ataupon cuba untuk buat lawak tidak mustahil surat khabar dan majalah tersebut akan melayang ke mukamu. Jadi apa pun tindakkan yang akan kamu ambil hati2 la.. Ibarat 'tarik rambut dalam tepung'. Tambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.



Matikan Telefon Bimbit

Hal ini memang biasa akan dibuat . Si dia tidak suka diganggu bila bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kamu mengganggunya, si dia akan matikan telefOn bimbitnya dan bagi alasan bateri kong . tapi sebenarnya alasan tidak mahu dengar suara kamu takut perasaan marahnya lagi kuat dan bertambah . Namun kamu jangan biarkan sahaja . Lagi bertambahlah marahnya . Seolah2 kamu langsung tidak mempedulikannya . Cubalah sms minta maaf padanya pasti terubat sedikit kemarahannya .


Menjauhkan Diri

Biarpun kamu berdua berada di satu tempat yang sama namun dia tetap berusaha menjauhkan diri darimu . Sekalipon kamu berusaha untuk berbual dengannya tetapi dia tetap tidak berminat untuk berbual denganmu .


Berkawan Dengan Orang Lain
Sekirinya selama ini 24jam si dia bersama kamu tetapi kali ini kamu lihat dia lebih banyak menghabiskan masa bersama teman2nya yang lain . Kamu yang sama-sama berada disitu langsung tidak di hiraukan . Dia sengaja membuat kamu cemburu bila melihat dia berkwan serta bergembira dengan orang lain . 





No comments:

Post a Comment