Berkatkah Hidupmu ?




Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua . Sekarang dah petang . Hanya beberapa jam untuk menunggu berbuka puasa . Alhamdulillah tahun nih aku dapat sambut puasa . HipHipHoreeyy ! Dan yang paling penting aku masih belum tinggal terawih . Sebenarnya , bila kita mengerjakan terawih nih banyak manfaatnya . 


Tapi , ada sesetengah pihak aku dengar alasan *sorry la tak dapat pergi.trial dah nak dekat.* Tapi kalau pergi terawih pun apa salahnya . Dekat situ kita dapat dekatkan diri dengan Allah . Betul tak ? Bayar tusyen yang harga beribu-ribu pun tak guna jugak . 


Kan dah terang lagi bersuluh cakap , berusaha , berdoa dan tawakal . Tapi kalau setakat berusaha dan tawakal pun tak guna jugak . Bukan lama pun nak solat terawih ni . Yang aku hairan kawan-kawan dekat sekolah tu.. Sampai je terus mintak jawapan bagi subjek2 tertentu .


Aku ni bukannya taknak bagi orang meniru. Tapi yang aku geram tahap siput alasan tak jumpa jawapan . Apa guna buku yang beli tu ? Awal-awal tahun bukan main lagi cakap beli buku rujukan itu ini itu ini . Yang paling geram , soalan yang senang cuma lukis graf pun nak meniru !


Kitaorang bukan kedekut nak bagi jawapan . Tapi agak-agak laa soalan yang orang lain boleh jawab, tiba2 alasan tak jumpa jawapan . Sangat geram apabila tengok-tengok kertas langsung tak ada apa-apa. Kosong tak berconteng pun . Lepas exam mulalah mengeluh cakap soalan susah . Hidup cuma tahu meniru jee.. Soalan pun tak bace terus mintak jawapan . Konon hebat laa tu ? Walaupun cikgu puji *wahh!bijak laa pelajar sekian-sekian,kerja sekolah semua siap.* Siap meniru ada faedah ?


Aku akui yang dulu mase tingkatan 2 aku memang kaki meniru jugak . Tapi sekarang dah tingkatan 3 . Masa sekarang boleh laa nak meniru . Nanti dah masuk exam hall macam mana ? Masih nak teruskan perangai untuk meniru ?



Kesimpulannya , tidak salah untuk bertanyakan soalan yang tidak faham . Tapi amat salah jika meniru jawapn sebijik-sebijik tanpa mencubanya terlebih dahulu . Hidup tidak akan berkat jika selalu menipu dan meniru . 



2 comments:

  1. betul, usaha dulu sendiri lepas tu tanya kalau tak tahu. Jangan meniru straight forward, nanti rugi sendiri.

    ReplyDelete
  2. jom singgah y..

    http://aji-apps.blogspot.com/

    ReplyDelete