Banjir Oh Banjir

Semalam pada 2 December 2013 rumah shida hampir nak masuk air . Tapi tak masuk pun lagi . Barang-barang elektrik sudah dinaikkan setinggi-tingginya . Komputer juga telah dinaikkan dengan tingginya di atas meja . Pagi tadi , bangun tidur terus on komputer . Dan akhirnyaa YESS ! Boleh !
Shida beralasan kepada ayah supaya jangan cabut wayar-wayar . Menggunakan nama seorang kakak untuk meminta tolong melihat-lihat keadaan facebooknya . Nak wat acaner , dekat UMP tak boleh bukak facebook . Kesian beliau . Sudahlah cafe mereka canggih , tup2 tak boleh bukak facebook pulak . Itu laa namanya dugaan para siswa dan siswi .
Semalam jiran-jiran shida rajin betul pergi jalan-jalan tengok air banjir . Maklumlaa.. Dieorang pertama kali tengok air banjir . Shida dah pernah merasa mase tahun 2003 . Mase tu berape tahun erk ? Yang penting kecik lagi laa.. Comel je lagi mase tu . HAHAHA !
Memang shida pun berniat nak pergi tinjau-tinjau air banjir . Tapi nak buat macam mane . Malam dan perasaan gerun bermukim di hati . Takut-takut tengah jalan ade cik abang tali pinggang datang . Fuhhh ! Rela duduk dalam rumah tolong angkat barang-barang . Tak sempat angkat banyak dah letih . Inilah kerana Mr. SLE dan gara-gara lupa makan ubat .
sekitar surau taman beserah

Dengar dari cerita banjir berlaku akibat longkang tersumbat . Masa tahun 2003 banjir sebab ada orang yang tidak beradad membuang tilam di bawah jambatan . Ohh! Bodohnya beliau! Pukul 10.30 malam orang masih berlegar-legar lagi . Aku pulak dah nak pergi tidur dah . Menikmati malam yang sejuk bersama bantal-bantal di sekeliling .

2 comments: