Semalam pada 2 December 2013 rumah shida hampir nak masuk air . Tapi tak masuk pun lagi . Barang-barang elektrik sudah dinaikkan setinggi-tingginya . Komputer juga telah dinaikkan dengan tingginya di atas meja . Pagi tadi , bangun tidur terus on komputer . Dan akhirnyaa YESS ! Boleh !
Shida beralasan kepada ayah supaya jangan cabut wayar-wayar . Menggunakan nama seorang kakak untuk meminta tolong melihat-lihat keadaan facebooknya . Nak wat acaner , dekat UMP tak boleh bukak facebook . Kesian beliau . Sudahlah cafe mereka canggih , tup2 tak boleh bukak facebook pulak . Itu laa namanya dugaan para siswa dan siswi .
Semalam jiran-jiran shida rajin betul pergi jalan-jalan tengok air banjir . Maklumlaa.. Dieorang pertama kali tengok air banjir . Shida dah pernah merasa mase tahun 2003 . Mase tu berape tahun erk ? Yang penting kecik lagi laa.. Comel je lagi mase tu . HAHAHA !
Memang shida pun berniat nak pergi tinjau-tinjau air banjir . Tapi nak buat macam mane . Malam dan perasaan gerun bermukim di hati . Takut-takut tengah jalan ade cik abang tali pinggang datang . Fuhhh ! Rela duduk dalam rumah tolong angkat barang-barang . Tak sempat angkat banyak dah letih . Inilah kerana Mr. SLE dan gara-gara lupa makan ubat .
sekitar surau taman beserah
Dengar dari cerita banjir berlaku akibat longkang tersumbat . Masa tahun 2003 banjir sebab ada orang yang tidak beradad membuang tilam di bawah jambatan . Ohh! Bodohnya beliau! Pukul 10.30 malam orang masih berlegar-legar lagi . Aku pulak dah nak pergi tidur dah . Menikmati malam yang sejuk bersama bantal-bantal di sekeliling .
Okay,so ini syarat-syarat wajib yang korang perlu ikut.Aku akan semak siapa yang tak ikut semua syarat ni dan penyertaan akan dibatalkan sekiranya salah satu syarat-syarat di atas tidak dipatuhi.Senarai hadiah aku akan update.Giveaway ini mencari TOP REFERREL. Maka rajin-rajinlah korang promote entry giveaway masing-masing untuk jadi TOP REFERREL. Nama pemenang akan diberitahu pada 28 DECEMBER 2013.
Cerita ni minggu lepas punya.. Tapi kesuntukkan masa dan ketidakmolekkan line gara-gara musim hujan.. Terpaksa menangguh dari sehari demi sehari.. Dengan lafaz bismillah shida nak mengepost satu entry.. Kembali kepada tajuk asal..*dah start nak merapu lame2 nanti*
Gara-gara terlalu banyak ubi kentang.. Emak pun naik serabut sampai berbulu mate tengok.. Jadi, emak shida pon mengambil keputusan untuk membuat karipap setelah sekian lama tidak membuat..Shida pun dengan bangganya bermain game.. Malas nak kupikkan kulit ubi..
Setelah emak menyiapkan sukatan bagi tepung, barulah shida pergi ke dapur dan meninjau kawasan sekeliling.. Setelah lihat ubi belum masak.. Sambung balik main game.. Anak yang bagus.. Hahaha.. Setelah beberapa minit.. Emak pun memanggil.. 'adik!! tolong uli tepung nie'
Dengan pantasnya tutup game dan terus bukak tv sambil memerhatikan tepung yang bakal dilenyek-lenyek itu.. HAHAHA ! Habis lah kau tepung.. Sebelum menguli, tengok dulu bende yang boleh sakitkan hati.. Ohh,, terjumpalaah kisah Capital F.. *bukan terjumpa, memang cari dah pun*
Dengan rakusnya shida pun mengambil tepung dan melenyek dan terus menerus tumbuk tepung yang tidak berdosa itu. Ohh! Kasihannya beliau.. Sambil menonton cerita Bayu Cinta Luna, mood geram dan marah tu telah hilang.. Hasilnya begini...
Belum gebu lagi tu
Semasa iklan, shida pun bergegas ke dalam bilik dan mengambil telefon.. Untuk menyaksikan kecurangan Capital F.. Dengan penuh amarah terus sambil menguli dan terus menguli.. Sambil menikmati ubi yang telah siap.. OHH!! Nikmatnya.. Sedap! Air tangan ibu memang number one !
setelah siap ditepuk amai2..
yummy!
ini hah main gulung2..
Hujan dah turun.. Terpaksa terus publish.. Takut-takut kilat.. Bahaya musim hujan ni.. Take care :)