Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Tahun lepas aku telah dimasukkan ke Kuantan Specialist Hospital akibat demam panas yang amat teruk. Alhamdulillah, kini aku masih dapat menghembuskan nafas buat sekian kalinya.
Kini, aku telah sah menjadi pelawat tegar ke Kuantan Specialist Hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang diriku. Pada usiaku 15 tahun, aku telah disahkan terdapat penyakit Systemis Lupus Erythematosus (SLE). Bagi pesakit SLE, bermain dengan jarum suntikan setiap bulan itu adalah sebagai rutin kami.
Dahulu, aku merasakan amat takut dengan jarum suntikan. Tetapi, aku terpaksa berfikiran positif. Hanya satu sahaja ubat bagi pesakit SLE iaitu steroid. Aku tidak menafikan bahawa steroid itu amat berbahaya, tetapi apakan daya itu sahaja sebagai penawar masa ini.
Aku tahu bahawa penyakit itu adalah ujian daripada Allah untuk hamba yang kuat untuk menghadapi penyakit itu. Aku bersyukur kerana Allah telah menghadiahkan penyakit itu kepadaku.. Itu bererti Allah masih sayangkan aku dan tak mahu aku terlalu jauh daripadaNya.